.

SponsoredTweets referral badge

Wednesday, February 23, 2011

Diskaun berganda!!

Salam. Promosi skor A bulan Feb!

Dengan baucer RM148,pembelian program skor A untuk 6bulan bagi seorang anak adalah RM300.Nanti dulu,jika pembelian dibuat dalam bulan Feb.2011 anda akan mendapat extra diskaun RM50. Cepat,jangan lepaskan peluang ini!

Monday, February 21, 2011

Dijamin boleh Skor!

Kenapa kami begitu yakin?

Kerana latihan-latihan kami disusun secara sistematik:




p/s: buku-buku latihan sedia ada set soalannya bercampur soalan-soalan berbeza tahap, dengan set soalan bertahap akan melatih anak tuan/puan dengan lebih berkesan!




p/s: Countdown timer memastikan anak tuan/puan berlatih menjawab di dalam tempoh masa yang diperuntukkan!


Masa semakin berlalu, sekarang sudah menghampiri bulan Mac, peperiksaan awam sekitar bulan September dan ke atas! Cepat mula , cepat persediaan anak tuan/puan untuk menghadapi peperiksaan!


Klik sekarang untuk mendapatkan sistem latih tubi komprehensif ini!

Tuesday, February 15, 2011

Betul ke Score A boleh membantu? Moh tengok FAQs ni.

1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

2. Apakah Pembelajaran Input?
“Pembelajaran Input” adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan “Pembelajaran Input”. Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya “Pembelajaran Input”, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu “Pembelajaran Output” .

3. Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.

4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif .

5. Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 5. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR, PMR dan SPM.

7. Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

8. Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

9. Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.

10. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
  • i. Harga Score A Programme™ berdasarkan “satu keluarga”. Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
  • ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep – “berlatih mencapai kesempurnaan”
  • iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.

11. Apakah itu eSchema?
eShema adalah jalan kerjasebagai contoh subjek Matematik

12. Apakah scoreAmail?
ScoreAmail adalah kemudahan yang mana kita boleh hantar soalan ke Kenshido dan pihak Kenshido akan jawab soalan kita.

Pentingnya Latih-Tubi

Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek
terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam
peperiksaan.

Saya kerap mendapat soalan mengenai situasi begini ”saya sudah
belajar semua topik dan sudah hafal semua maklumat penting dalam
setiap topik. Tetapi, saya masih gagal jawab dengan baik dalam
peperiksaan. Akibatnya, saya hanya dapat gred yang sederhana baik.”
Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred
A ialah untuk pelajar yang boleh jawab soalan mengikut skema
jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita mahu dapat gred
A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan
kita perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai
dengan melakukan latih tubi.

Saya fikirkan tentang petua ini apabila saya terkenang satu subjek
yang dianggap sangat sukar ketika saya mengambil A-Level pada tahun
1996 dulu. Subjek itu ialah Economics. Subjek ini terbahagi kepada
2 bahagian iaitu 50 soalan objektif dan lebih kurang 4 soalan
subjektif. Entah kenapa saya boleh jawab soalan subjektif tetapi
soalan objektif begitu sukar buat saya. Walaupun saya tahu banyak
perkara dan sudah hafal banyak maklumat penting, saya masih gagal
mendapat 30 jawapan betul daripada 50 soalan. Paling tinggi markah
yang saya dapat pun mungkin 25 ke 29 markah.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan sebenar, saya
mula mengumpul semua soalan sebenar daripada 10 tahun lepas (past
year questions). Terdapat 20 set kertas soalan semuanya (setahun
ada dua peperiksaan begini dijalankan jadi ada 20 set kertas soalan
untuk 10 tahun). Apa yang saya lakukan ialah saya betul-betul
habiskan masa membuat semua soalan ini dengan niat untuk
menghabiskannya sebelum peperiksaan sebenar. Alhamdulilah, saya
selesaikan semua soalan itu dalam masa seminggu.

Setelah selesai semua soalan, saya sedar satu perkara. Ada satu
corak yang boleh dikenalpasti dalam soalan-soalan tersebut. Malah,
ada soalan yang lebih kurang sama cuma diubah cara penyampaiannya.
Ini membuat saya sangat yakin bahawa saya pasti boleh menjawabnya
dengan baik. Pada hari peperiksaan sebenar, keyakinan dan latih
tubi saya itu benar-benar membuahkan hasil. Setelah pensyarah saya
periksa jawapan saya yang saya tanda di atas kertas soalan (kertas
jawapan sebenar dihantar ke UK untuk diperiksa), saya berjaya
mendapat 50 markah per 50. Markah penuh! Saya juga dapat jawab
dengan baik dalam soalan subjektif (esei) yang akhirnya memberikan
saya gred keseluruhan A untuk subjek Economics. Saya percaya itulah
salah satu kehebatan petua keempat ini.

Skor A 2008Saya mahu cadangkan satu cara belajar untuk dapat gred
A. Katakan kita sedang belajar subjek Sejarah. Selalunya pelajar
akan baca dulu satu topik kemudian membuat latihan yang disediakan
di bahagian akhir topik tersebut. Apa kata kita mulakan dengan
membuat soalan-soalan itu semua dahulu. Hmmm….pasti ada yang yang
rasa pelik. Macam mana nak buat latihan kalau belum baca? Begini.
Apabila kita baca soalan, kita akan mula berfikir tentang
jawapannya. Apabila kita fikir tentang jawapan, kita mula akan jadi
peka kepada maklumat yang ada di dalam topik tersebut. Dua perkara
akan berlaku:

1.
Melalui soalan itu, kita akan tahu bahawa maklumat itu adalah
penting dalam topik tersebut. Sebab itulah ia disoal dalam soalan
di bahagian akhir. Jadi, bila kita mahu belajar dan baca topik itu
nanti, kita perlu cari maklumat-maklumat itu.
2.
Setelah kita buat soalan di bahagian akhir dan tahu apa yang
akan disoal di dalam topik itu, kita akan jadi lebih peka. Apabila
kita baca topik tersebut selepas buat soalan, kita akan terjumpa
fakta-fakta dalam soalan tadi. Contohnya, jika tadi kita ada buat
soalan ”pada tahun berapakah Malaysia diisytiharkan merdeka?”, kita
akan segera nampak jawapan ini apabila kita membacanya. Bukan itu
sahaja, kita akan lebih ingat apa yang kita baca ini.

Jadi, kita perlu ingat, untuk skor A, kita perlu banyak buat
latihan terutamanya latihan soalan-soalan lepas dan juga latihan di
bahagian akhir topik yang kita pelajari. Esok kita akan sambung
lagi bagaimana kita boleh manfaatkan petua keempat ini.
Osman Affan
Pakar motivasi pelajar

sumber http://scoreahelpmemuchmore.wordpress.com/2010/01/25/pentingnya-latih-tubi/

Monday, February 7, 2011

Baucer bernilai RM 148!

Salam semua,

seperti mana nama yang diberikan kepada posting kali ini,kami ingin menyampaikan satu berita baik.

Anda boleh cetak baucer di bawah untuk mendapatkan harga RM 200 untuk tempoh penggunaan 6 bulan latihan interaktif secara online untuk anak-anak anda! Dan program yang ditawarkan ini mengandungi output dan input module. Untuk info, harga sebenar untuk 6 bulan penggunaan adalah RM 348.

Boleh rujuk www.a2sa.tk untuk info lebih lanjut berkenaan produk tuisyen di rumah ini!

Thursday, January 27, 2011

Kenapa tuisyen?

Bukan bermaksud sekolah tidak mencukupi, tapi normal untuk manusia mengambil tambahan untuk melengkapkan sesuatu. Kita biasa je bila seseorang mengambil makanan supplement, kerana amalan pemakanan seharian yang biasa cukup untuk hidup dan supplement untuk hidup lebih sihat dan menampung mana yang kurang, setuju?

Tapi mungkin ada yang respon jika orang tu dah mengamalkan diet sihat, tidak perlu untuk supplement , ya saya setuju! Tapi jika ambil supplement bukankah lebih melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan?

Begitu juga jika pelajar itu menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas, memang tuisyen atau latih tubi hanya sesuatu yang optional buatnya tapi jika dia ambil tuisyen atau buat latih tubi, bukankah lebih mempersiap-siagakan dia untuk peperiksaan?

Semua di atas adalah rasional kenapa perlu supplement belajar. Tapi risiko akan dihadapi oleh ibubapa jika menghantar anak ke pusat tuisyen adalah hasil nya, adakah berbaloi? Adakah prestasi anak meningkat? Adakah kurang atau lebih silibus yang diberi berbanding silibus kementerian? Jika lebih, sia sia jika kurang rugi tapi jika sebijik sama dengan silibus kementerian sememangnya untung!

Jadi wujud ke satu program latih tubi yg selari silibus kementerian , tambah lagi dengan koleksi set soalan peperiksaan tahun2 lepas, bukan itu sahaja, malah boleh melatih menjawab dalam masa yang ditetapkan, bahkan flexible dengan waktu2 yg prima untuk setiap orang serta boleh dipantau oleh ibu bapa tak kira di mana jua ibubapa berada?

Tidakkah ini cukup bagus? Kita pastinya mau yang terbaik untuk anak2 kan? Haaa sebelum terlupa, kami punya testimoni 90% straight As dan diiktiraf kementerian pelajaran.

Apa tunggu lagi. Inginkan anak2 cemerlang peperiksaan, upsr, pmr atau spm, mahu straight A, mahu anak berjaya menjawab dalam tempoh yg diberi, tiada lagi isu tak cukup masa, tak sempat masa. Jika mahu anak skor sila layari www.a2sa.tk

Monday, January 24, 2011

Rasional latih tubi di rumah yang interaktif

Umum tahu pendekatan dengan budak-budak dan remaja perlu sesuatu yang menarik? Sesuai dengan perkembangan teknologi juga, biasa pada kita melihat golongan junior (kanak2 + remaja) sukakan permainan komputer, melayari internet dan semua yang berkaitan dengan menghadap skrin  beberapa jam sehari.


Setuju?

Jika kita ada peluang nak menjadikan apa yang diminati bermanfaat, siapa yang untung? Mak bapak bukan?

Contoh jika kena cara manfaatkan apa yang diminati:

Atlit sukan yang sedari kecil meminati bidang sukan tertentu, jika dia serius dan menjalani latihan dan bimbingan yang betul dengan sistem yang betul, berjaya dia dalam hidup dengan memenangi pelbagai kejohan serta mengharumkan nama negara. Tak gitu?

Berbalik pada main concern saya, iaitu anak-anak tuan,puan, pakcik, makcik, abang, akak dapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sama ada UPSR, PMR ataupun SPM, maka apa kata beri peluang anak-anak membuat latih tubi dengan pengalaman baru! dengan antaramuka (interface) yang mesra kanak-kanak dan remaja, koleksi bank soalan yang banyak dan bermacam lagi ciri unik dan kelebihan yang akan saya ceritakan satu per satu di dalam posting saya berikutnya.

Ok, begitu juga kali ini, kepada Tan Sri, Datin Seri, Datuk, Datin, Tuan , Puan, Pakcik, Makcik, Abang dan Akak yang rasa amat perlu untuk mendapatkan sistem latih-tubi berkualiti untuk anak-anak dengan awal lagi cepat memandangkan tahun ni anak-anak akan menduduki peperiksaan, maka terusla ke sini untuk melihat apa yang kami tawarkan!

Sekali lagi saya ingatkan fokus A2SA ahanya untuk membantu mereka-mereka yang ingin mendapatkan satu tuisyen yang berkualiti untuk anak-anak. Juga pada mereka yang search keywords ini pada Pakcik G (Google):

"Straight A" , UPSR, PMR , SPM, skor peperiksaan, exam tips, cemerlang peperiksaan, untuk subjek sains, bahasa melayu, bahasa inggeris, english, science, maths, additional maths, matematik tambahan, lulus exam, pusat tuisyen, tutor , tuition dan yang sewaktu dengannya.