.

SponsoredTweets referral badge

Tuesday, February 15, 2011

Pentingnya Latih-Tubi

Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek
terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam
peperiksaan.

Saya kerap mendapat soalan mengenai situasi begini ”saya sudah
belajar semua topik dan sudah hafal semua maklumat penting dalam
setiap topik. Tetapi, saya masih gagal jawab dengan baik dalam
peperiksaan. Akibatnya, saya hanya dapat gred yang sederhana baik.”
Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred
A ialah untuk pelajar yang boleh jawab soalan mengikut skema
jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita mahu dapat gred
A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan
kita perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai
dengan melakukan latih tubi.

Saya fikirkan tentang petua ini apabila saya terkenang satu subjek
yang dianggap sangat sukar ketika saya mengambil A-Level pada tahun
1996 dulu. Subjek itu ialah Economics. Subjek ini terbahagi kepada
2 bahagian iaitu 50 soalan objektif dan lebih kurang 4 soalan
subjektif. Entah kenapa saya boleh jawab soalan subjektif tetapi
soalan objektif begitu sukar buat saya. Walaupun saya tahu banyak
perkara dan sudah hafal banyak maklumat penting, saya masih gagal
mendapat 30 jawapan betul daripada 50 soalan. Paling tinggi markah
yang saya dapat pun mungkin 25 ke 29 markah.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan sebenar, saya
mula mengumpul semua soalan sebenar daripada 10 tahun lepas (past
year questions). Terdapat 20 set kertas soalan semuanya (setahun
ada dua peperiksaan begini dijalankan jadi ada 20 set kertas soalan
untuk 10 tahun). Apa yang saya lakukan ialah saya betul-betul
habiskan masa membuat semua soalan ini dengan niat untuk
menghabiskannya sebelum peperiksaan sebenar. Alhamdulilah, saya
selesaikan semua soalan itu dalam masa seminggu.

Setelah selesai semua soalan, saya sedar satu perkara. Ada satu
corak yang boleh dikenalpasti dalam soalan-soalan tersebut. Malah,
ada soalan yang lebih kurang sama cuma diubah cara penyampaiannya.
Ini membuat saya sangat yakin bahawa saya pasti boleh menjawabnya
dengan baik. Pada hari peperiksaan sebenar, keyakinan dan latih
tubi saya itu benar-benar membuahkan hasil. Setelah pensyarah saya
periksa jawapan saya yang saya tanda di atas kertas soalan (kertas
jawapan sebenar dihantar ke UK untuk diperiksa), saya berjaya
mendapat 50 markah per 50. Markah penuh! Saya juga dapat jawab
dengan baik dalam soalan subjektif (esei) yang akhirnya memberikan
saya gred keseluruhan A untuk subjek Economics. Saya percaya itulah
salah satu kehebatan petua keempat ini.

Skor A 2008Saya mahu cadangkan satu cara belajar untuk dapat gred
A. Katakan kita sedang belajar subjek Sejarah. Selalunya pelajar
akan baca dulu satu topik kemudian membuat latihan yang disediakan
di bahagian akhir topik tersebut. Apa kata kita mulakan dengan
membuat soalan-soalan itu semua dahulu. Hmmm….pasti ada yang yang
rasa pelik. Macam mana nak buat latihan kalau belum baca? Begini.
Apabila kita baca soalan, kita akan mula berfikir tentang
jawapannya. Apabila kita fikir tentang jawapan, kita mula akan jadi
peka kepada maklumat yang ada di dalam topik tersebut. Dua perkara
akan berlaku:

1.
Melalui soalan itu, kita akan tahu bahawa maklumat itu adalah
penting dalam topik tersebut. Sebab itulah ia disoal dalam soalan
di bahagian akhir. Jadi, bila kita mahu belajar dan baca topik itu
nanti, kita perlu cari maklumat-maklumat itu.
2.
Setelah kita buat soalan di bahagian akhir dan tahu apa yang
akan disoal di dalam topik itu, kita akan jadi lebih peka. Apabila
kita baca topik tersebut selepas buat soalan, kita akan terjumpa
fakta-fakta dalam soalan tadi. Contohnya, jika tadi kita ada buat
soalan ”pada tahun berapakah Malaysia diisytiharkan merdeka?”, kita
akan segera nampak jawapan ini apabila kita membacanya. Bukan itu
sahaja, kita akan lebih ingat apa yang kita baca ini.

Jadi, kita perlu ingat, untuk skor A, kita perlu banyak buat
latihan terutamanya latihan soalan-soalan lepas dan juga latihan di
bahagian akhir topik yang kita pelajari. Esok kita akan sambung
lagi bagaimana kita boleh manfaatkan petua keempat ini.
Osman Affan
Pakar motivasi pelajar

sumber http://scoreahelpmemuchmore.wordpress.com/2010/01/25/pentingnya-latih-tubi/

No comments:

Post a Comment